Umar al-Khattab begitu tegas dan
ketat dalam urusan kewangan
negara, beliau juga amat ketat
dalam meneliti pendapatan dan
harta setiap gabenor dan
pegawainya. Setiap pegawai
yang dilantik akan diminta
melakukan deklarasi harta, dan
peningkatan hartanya akan
disemak dengan begitu kerap.
Jika peningkatan berlaku, Umar
r.a akan mengambil separuh
untuk baitul Mal dan dalam
beberapa keadaan Umar r.a
mengambil semuanya. [3] Selain
itu, Umar r.a turt melakukan
lawatan mengejut ke ruamh
pegawainya bagi memastikan
tiada pertambahan harta secara
syubhah. [4]
Berikut beberapa kisah
prihatinnya Umar r.a r.a :-
Gabenor kerajaan Islam di
Mesir pada ketika itu adalah
seorang sahabat bernama
‘ Amr bin Al-‘As. Beliau
dilaporkan membuat satu
mimbar khas untuk dirinya di
Mesir. Ini menyebabkan Umar
al-Khattab menjadi marah lalu
menghantar surat kepada
‘ Amru yang menyebut "Aku
mendengar kamu telah
membina satu mimbar agar
boleh meninggikan dirimu
dari umat Islam, adakah tidak
cukup kamu berdiri dan
mereka berada di kakimu, aku
ingin kamu segera
meruntuhkan mimbarmu" [5]
Dalam satu keadaan lain, Sa'ad
juga dilaporkan membina
pagar di sekitar rumahnya ( di
ketika itu amat jangkal rumah
mempunyai pagar kecuali
terlalu kaya), sehingga orang
ramai menggelarkannya
"ISTANA SA'AD". Dinyatakan
bahawa Sa'ad membina agar
itu kerana rumahnya
berhampiran degan pasar dan
amat bising, lalu dibinanya
agar dapat menghalang
sedikit kebisingan. Apabila
berita sampai kepada Umar al-
Khattab, beliau melihat
mudarat pagar itu lebih besar
dari manfaatnya, lalu dengan
segera menghantar
Muhammad bin Maslamah
untuk membakar pagar
tersebut.[6]
Umar r.a telah melantik
Mujasha' bin Mas'od untuk
beberapa tugasan, dan
kemudiannya mendapat
laporan isteri Mujasha'
bernama al-Khudayra kerap
membeli perabot baru dan
hiasan dinding. Lalu Umar r.a
menghantar surat kepada
Mujasha' agar mengoyakkan
semua hiasan dinding.
Mujasha' menerima surat itu
ketika bersama orang ramai,
lalu dengan segera beliau
mengarahkan isteri keluar lalu
diminta orang ramai masuk ke
rumah dan membantu
mengoyak dan menurunkan
semua hiasan dinding baru
yang dibeli isterinya[7].
Sebenarnya, Umar r.a tahu ia
dibeli dengan harta syubhah
akibat jawatan Mujasha',
kerana itu diarahkan
sedemikian. Anda juga boleh
melihat betapa kuatnya taat
dan yakinnya para pegawai
dengan keikhlasan dan
kejujuran Umar r.a.
Umar r.a pernah melawat
pegawai-pegawainya di Syria,
dan kemudian Yazid Bin Abi
Sufyan menjemputnya datang
ke rumah, ketika Umar r.a
memasuki rumah lalu
dilihatnya penuh dengan
hiasan dinding bergantungan.
Umar r.a mula mengambilnya
sambil berkata "barang-
barang ini boleh digunakan
oleh rakyat jelata untuk
melindungi diri mereka dari
kesejukan dan panas" [8]
Umar r.a juga pernah
mengambil beberapa
bahagian harta adik beradik
gabenornya dan pegawainya
apabila hasil penyelidikannya
mendapati keraguan.
Contohnya seperti beliau
mengambil sebahgian dari
harta Abu Bakrah. Namun Abu
Bakrah cuba membantah
dengan mengatakan "aku
tidak pernah berkhidmat
denganmu (sebagai pegawai
kerajaan)"
Umar r.a menjawab "Ya benar,
tetapi adikmu berkhidmat
sebagai penyelia Baitul Mal,
dan dia telah memberikan
beberapa pinjaman kepadamu
agar kamu boleh berniaga
dengannya" [9]
Kesimpulannya, semua tindakan
Umar r.a ini tidaklah diambil
secara sembrono, kisah ini
hanyalah ringkasan sahaja, dan
tindakan beliau semua bagi
mengelakkan jawatan di jadikan
PELUANG UNTUK MERAUT
KEKAYAAN.
Ibn Taymiah mengulas beberapa
tindakan Umar r.a tadi bagi
membuang segala keraguan
rakyat terhadap pendapatan
para gabenor dan pegawainya,
yang mungkin menjadi
kebiasaan diberi hadiah oleh
rakyat jelata disebabkan oleh
jawatannya.[10]
[3] Futuh al-Buldan, hlm 220 dan
221 ; Al-Wilayah ‘ala al-Buldan,
2/131
[4] Tarikh al-Madinah, 3/837
[5] Futuh Misr wa akhbaruha, Ibn
Abd Hakam, hlm 92
[6] Futuh al-Buldan, hlm 77 ; Al-
Idarah al-Islamiyah, Majdalawi, lm
216
[7] Tarikh al-Madinah, 3/832
[8] Al-Wilayah ‘ala al-Buldan,
2/128
[9] Shahed al-Mihrab,
[10] Al-fatawa, 28/157